Intermittent Fasting
Apa itu
Intermittent Fasting?
Intermittent Fasting atau lebih dikenali
sebagai IF merupakan satu cara untuk mengawal pola makan dengan cara berpuasa
makan dalam tempoh tertentu. Intermittent Fasting ini untuk lebih mudah faham
ialah puasa secara berkala iaitu menjarakkan waktu makan dan waktu tidak makan
kita. Diet cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan pegambilan jumlah
makanan tetapi turut mengatur tempoh
untuk makan dan tempoh ber’puasa’ .
Konsep IF berbeza dengan jenis diet lain yang
lain seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Suku Suku Separuh dan banyak lagi
jenis diet yang lebih kepada peraturan Menu diet dan makanan diet. Pendekatan
IF lebih santai hanya dengan memerlukan pengaturan tempoh waktu makan.
Diet intermittent Fasting hanya memerlukan
pengaturan tempoh waktu makan seperti puasa 15 jam puasa 9 jam makan, puasa 20
jam 4 jam makan atau puasa 23 jam 1 jam makan. Terpulanglah kepada kita untuk
menentukan waktu yang sesuai dengan tubuh badan sendiri.
Apa yang menarik lagi tentang IF adalah
pengamal dibenarkan untuk minum air sepanjang tempoh berpuasa untuk mengelakan
dihidrasi. Best kan? Perkara ini menyebabkan ramai yang tertarik dengan konsep
IF kerana mudah dan sesuai untuk diamalkan.
Ada satu lagi yang menarik tentang intermittent
fasting ini adalah semasa kita tidur juga sebenarnya dikira sebagai tempoh
berpuasa kerana dalam tempoh tersebut tidak makan dan tidak minum. Lagi seronok
dengar kan? Haha.
Pada dasarnya berpuasa itu sendiri memiliki
keistimewaan yang baik dalam kesihatan kita lebih lagi cara berpuasa sudah
dikenali sejak lama untuk bertahan dalam kehidupan. Jenis dan pola makanan
kehidupan sehari hari mungkin tidak teratur kerana sering makan di luar waktu
makan atau melewatkan waktu makan. Dengan menjalani intermittent fasting
mungkin dapat memperbaiki atau membentuk corak pola makan yang lebih sihat.
Selain itu, cara ini melatih ketahanan badan agar tetap dapat menjalankan
fungsinya dengan baik walaupun tidak makan dalam waktu tertentu. Diet puasa
turut membantu tubuh badan dalam melawan dan mencegah kerosakan organ.
· Memperbanyakan minum air putih untuk
mencegah dihidrasi sehingga badan mudah untuk menamatkan tempoh berpuasa.
· Tamatkan waktu makan pada waktu
malam kerana waktu tidur juga dikira sebagai waktu puasa.
· Ubah pemikiran bahawa waktu berpuasa
adalah waktu untuk rasa kelaparan atau kurang bermaya disebabkan tidak makan.
· Mulakan waktu untuk makan semasa
sedang sibuk dengan rutin harian kerana lebih mudah untuk mengalihkan perhatian
makan yang tidak sihat.
· Lakukan aktiviti fizikal cukup
dengan melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Namun begitu, perlu diingatkan semasa waktu
makan perlulah ambil makanan yang cukup nutrisi dan bersenam teratur untuk
mendapatkan kesihata yang baik dan mempertahankan berat badan ideal. Jika anda
mengamalkan diet puasa ini juga bergantung dengan nutrisi yang dimakan dan
aktiviti bersenam.
Kesimpulannya Intermittent Fasting adalah
sesuatu diet yang sesuai untuk diamalkan oleh semua tetapi ianya bergantung
kepada kesesuaian badan kita sendiri.
Selamat mencuba.
Nak baca tentang Interminttent Fasting yang
lagi best? Boleh baca juga dalam blog ini juga ya. Intermittent Fasting.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment